Sunday 10 April 2011

VIRUS KURUS CHALLENGE 2011

VIRUS KURUS CHALLENGE 2011

Bermula pada 11 April 2011, VIRUS KURUS telah memulakan satu cabaran bagi yang benar-benar mahu kurus.

Bagaimanakah cara menyertainya?

Mudah sahaja, sila ikut cara dibawah?


1. Ambil gambar anda yang terkini. Terkini bermaksud hari ini, iaitu hari anda menyertai cabaran VIRUS KURUS. Kalau ada gambar lama, letak sekali. Lebih2 lagi gambar masa sekolah dulu. Boleh dibandingkan dulu dengan sekarang
2. Update gambar anda seminggu sekali. Lagi bagus, setiap hari.
3. Selepas anda upload gambar anda, sila letakkan tarikh, berat anda semasa gambar anda diambil, ukur lilit pinggang, peratusan bodyfat (jika ada) dan diet yang anda amalkan pada hari itu. Kalau exercise pun, bagitau jugak.
4. Teruskan mengupload gambar anda sekerap mungkin. GENG-GENG VIRUS KURUS anda terus memberikan sokongan jika anda benar2 serius.
5. Jika anda telah mendapat berat ideal yang anda impikan, anda boleh berhenti menjadi peserta. Tahniah! Anda telah berjaya!


FAQs


Kenapa VIRUS KURUS memulakan cabaran ini?
Ini kerana kebanyakan dari kita sukar mendapatkan motivasi dan gagal mendisiplinkan diri. Jadi dengan cara 'memaparkan' diri sendiri, anda tidak akan ada excuse lagi. Mahu tak mahu, kena kuruskan badan juga

Kena bayar ke?
Ini adalah PERCUMA! Tak perlu bayar apa2. Untuk anda, untuk kami dan untuk semua. Hanya sekadar motivasi dan mendisiplinkan diri anda.

Bukankah ini akan memalukan peserta cabaran kalau dia tak kurus?
Itu bergantung pada keadaan. Kalau peserta rasa dia masih ok, dia tidak akan rasa malu. Tapi, kalau dia rasa dia gagal, dia akan malu sendiri.

Kena invite kawan2 lain suruh Like gambar kita ke?
Itu juga bergantung kepada niat anda. Kalau nak kawan2 lain sokong anda dalam cabaran ini, dipersilakan. Kalau tak berani, buat sendiri2 sahaja.

Malu la nak letak gambar sendiri. Nanti orang kutuk!
Kalau malu, blurkan muka. Takpun, hitamkan muka denga software2 yang ada. Cuma tunjuk badan je. Bukannya orang kenal pun.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More